Wednesday, July 28, 2010

Apa itu TAPAK (Base)?


Setelah membaca post di bawah, pasti anda akan tertanya-tanya apa itu tapak? Tapak kaki ke? Tapak sulaiman ke? Sebenarnya tapak ini bukanlah tapak-taak berikut tapi kita menggunakan konsep pada tapak itu sendiri. Contohnya, tapak kaki merupakan tempat kita memijakkan kaki kita dan di situ lah tempat kepada bermulanya segala-galanya. Tapak @ base ini adalah penting apabila seseorang itu memulakan kerjaya atau mula memasuki alam pekerjaan.

Tapak @ base ini adalah sebenarnya duit didalam bentuk tunai yang samada disimpan di dalam bank atau di mana-mana yang senang di akses. Duit tapak @ base ini diperlukajn sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau apa-apa jua keadaan yang menidakkan kita daripada mendapat duit gaji atau wang yang dijana secara normal pada setiap bulan.

Contohnya, jika gaji kita sebulan adalah RM2000, maka jumlah pendapatan kita pada setiap bulan adalah RM2000 dan dengan duit inilah segala perbelanjaan, bayaran pinjaman atau lain-lain hal duit ini digunakan. Katakanlah sesuatu terjadi pada kita yang tidak membolehkan kita mendapat duit gaji seperti normal pada bulan itu, maka kita haruslah bersedia dan dengan duit tapak @ base ini jugalah tempat kita bergantung kemudiannya.

Kebiasaannya duit tapak adalah persediaan selama 6 bulan iaitu dengan mengambil contoh gaji bulanan sebanyak RM2000 tadi maka duit tapak kita seharusnya berjumlah
RM2000 x 6 bulan = RM12 000
Maka dengan duit ini lah dijadikan sebagai tapak @ base.

Duit tapak ini juga boleh menjadi sebagai tanda aras dalam pengurusan kewangan kita. Sebagai contoh, kita ambil contoh gaji bulanan sebanyak RM2000 tadi. Katakanlah pada bulan ini kita terpaksa berbelanja lebih sedikit daripada duit gaji kita iaitu sebanyak RM2200 digunakan pada bulan ini maka lebihan perbelanjaan sebanyak RM200 ringgit telah digunakan daripada duit tapak. Pada bulan depan pula kita pastikan duit tapak itu diisi semula iaitu dengan menambah kembali RM200 ringgit itu ke dalam duit tapak kita. Dengan ini secara tak langsung kita mempunyai penanda aras yang mengurangkan perbelanjaan kita daripada berbelanja terhadap barang yang tidak perlu.

Kesimpulannya, duit tapak ini sangat penting kepada semua orang kerana ianya akan menjamin kelangsungan hidup seseorang dalam aspek kewangan dan perlu diadakan oleh setiap orang agar diri tidak merempat di kemudian hari jika berlaku apa-apa kepada individu tersebut.

No comments:

Post a Comment