Saturday, July 28, 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG 'YOUNG INVESTOR'

Pemilik : Mohd Rashid Mohd Sobli

Tarikh Lahir : 13 Julai 1986

Lokasi : Sentul, Kuala Lumpur

No. Telefon : 012-6512578

E-mail : gapsterz@gmail.com

Pekerjaan : Guru / Public Mutual Agent

Agent Code Public Mutual : 1049861-2

Nota Kaki : Blog ini bertujuan untuk memberi sedikit pendedahan terhadap dunia
pelaburan serta memberi sedikit panduan berdasarkan pengalaman serta ilmu yang diperolehi oleh saya selama saya menceburi bidang pelaburan ini. Diharap dengan pendedahan serta panduan yang diberikan melalui blog ini akan membantu para pembaca membuat keputusan yang lebih bijak dalam pengurusan kewangan masing-masing. Kita merancang dan Allah yang menentukan.

Disamping itu, saya juga ingin memberi peluang kepada mana-mana individu ataupun mana-mana syarikat yang berminat untuk melaburkan wang mereka melalui Public Mutual. Segala maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya di nombor yang berkenaan.

Friday, October 15, 2010

Berita Baik Untuk Semua Penjawat-Penjawat Awam Baru!!!

Bagi penjawat-penjawat awam baru yang mengikuti pembentangan Bajet 2011 yang dibuat oleh Perdana Menteri kita pasti akan tersenyum lebar apabila mendengar satu usul yang dibuat oleh Perdana Menteri kita iaitu

"penghapusan deposit 10 peratus kepada semua penjawat awam baru yang berpendapatan bawah RM3000 dan kelulusan pinjaman 100 peratus kepada mereka ini yang ingin membeli rumah "

Ini merupakan satu berita yang sangat baik kerana ini dapat membantu golongan remaja yang baru sahaja memulakan kerjaya untuk memulakan hidup baru dan tidak lupa juga membuat pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan!

Ini kerana rumah merupakan satu aset penting dan jika dilihat jarang-jarang harga rumah menurun justeru ianya membuatkan memiliki rumah adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan.

Tambahan pula, jika kita lihat sebelum ini yang memperuntukkan seseorang itu jika hendak membeli rumah harus menyediakan 10 peratus deposit, ianya agak tidak adil bagi seseorang yang baru memulakan kerja kerana 10 peratus merupakan satu jumlah yang agak besar. Cuba bayangkan jika harga sebuah rumah itu adalah RM100K, deposit yang diperlukan adalah RM10K. Maka, pastinya tidak ramai remaja yang baru memulakan kerjaya boleh membeli sebuah rumah.

Ini secara tidak langsung menggalakkan remaja membuat keputusan lebih bijak dalam memulakan hidup baru iaitu hidup sebagai seorang yang berdikari. Ini kerana ini akan menggalakkan remaja memilih untuk membeli rumah daripada memiliki kereta baru yang sememangnya merupakan satu tindakan yang agak kurang bijak.

Diharap lebih ramai yang akan memilih untuk membeli rumah daripada kereta seterusnya mengurangkan masalah pekerja yang mempunyai hutang berjela-jela apabila sudah tua kelak.

Wednesday, July 28, 2010

Apa itu TAPAK (Base)?


Setelah membaca post di bawah, pasti anda akan tertanya-tanya apa itu tapak? Tapak kaki ke? Tapak sulaiman ke? Sebenarnya tapak ini bukanlah tapak-taak berikut tapi kita menggunakan konsep pada tapak itu sendiri. Contohnya, tapak kaki merupakan tempat kita memijakkan kaki kita dan di situ lah tempat kepada bermulanya segala-galanya. Tapak @ base ini adalah penting apabila seseorang itu memulakan kerjaya atau mula memasuki alam pekerjaan.

Tapak @ base ini adalah sebenarnya duit didalam bentuk tunai yang samada disimpan di dalam bank atau di mana-mana yang senang di akses. Duit tapak @ base ini diperlukajn sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau apa-apa jua keadaan yang menidakkan kita daripada mendapat duit gaji atau wang yang dijana secara normal pada setiap bulan.

Contohnya, jika gaji kita sebulan adalah RM2000, maka jumlah pendapatan kita pada setiap bulan adalah RM2000 dan dengan duit inilah segala perbelanjaan, bayaran pinjaman atau lain-lain hal duit ini digunakan. Katakanlah sesuatu terjadi pada kita yang tidak membolehkan kita mendapat duit gaji seperti normal pada bulan itu, maka kita haruslah bersedia dan dengan duit tapak @ base ini jugalah tempat kita bergantung kemudiannya.

Kebiasaannya duit tapak adalah persediaan selama 6 bulan iaitu dengan mengambil contoh gaji bulanan sebanyak RM2000 tadi maka duit tapak kita seharusnya berjumlah
RM2000 x 6 bulan = RM12 000
Maka dengan duit ini lah dijadikan sebagai tapak @ base.

Duit tapak ini juga boleh menjadi sebagai tanda aras dalam pengurusan kewangan kita. Sebagai contoh, kita ambil contoh gaji bulanan sebanyak RM2000 tadi. Katakanlah pada bulan ini kita terpaksa berbelanja lebih sedikit daripada duit gaji kita iaitu sebanyak RM2200 digunakan pada bulan ini maka lebihan perbelanjaan sebanyak RM200 ringgit telah digunakan daripada duit tapak. Pada bulan depan pula kita pastikan duit tapak itu diisi semula iaitu dengan menambah kembali RM200 ringgit itu ke dalam duit tapak kita. Dengan ini secara tak langsung kita mempunyai penanda aras yang mengurangkan perbelanjaan kita daripada berbelanja terhadap barang yang tidak perlu.

Kesimpulannya, duit tapak ini sangat penting kepada semua orang kerana ianya akan menjamin kelangsungan hidup seseorang dalam aspek kewangan dan perlu diadakan oleh setiap orang agar diri tidak merempat di kemudian hari jika berlaku apa-apa kepada individu tersebut.

Tuesday, July 27, 2010

Apa anda patut buat apabila memasuki alam pekerjaan?


1. Bina tapak.
2. Memulakan pelaburan jangka panjang.
3. Membeli KEPERLUAN.
4. Membezakan keperluan dan juga kehendak.
5. Merancang perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
6. Menetapkan objektif dalam pengurusan kewangan anda.

Perbincangan lebih lanjut akan menyusul.