Friday, October 15, 2010

Berita Baik Untuk Semua Penjawat-Penjawat Awam Baru!!!

Bagi penjawat-penjawat awam baru yang mengikuti pembentangan Bajet 2011 yang dibuat oleh Perdana Menteri kita pasti akan tersenyum lebar apabila mendengar satu usul yang dibuat oleh Perdana Menteri kita iaitu

"penghapusan deposit 10 peratus kepada semua penjawat awam baru yang berpendapatan bawah RM3000 dan kelulusan pinjaman 100 peratus kepada mereka ini yang ingin membeli rumah "

Ini merupakan satu berita yang sangat baik kerana ini dapat membantu golongan remaja yang baru sahaja memulakan kerjaya untuk memulakan hidup baru dan tidak lupa juga membuat pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan!

Ini kerana rumah merupakan satu aset penting dan jika dilihat jarang-jarang harga rumah menurun justeru ianya membuatkan memiliki rumah adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan.

Tambahan pula, jika kita lihat sebelum ini yang memperuntukkan seseorang itu jika hendak membeli rumah harus menyediakan 10 peratus deposit, ianya agak tidak adil bagi seseorang yang baru memulakan kerja kerana 10 peratus merupakan satu jumlah yang agak besar. Cuba bayangkan jika harga sebuah rumah itu adalah RM100K, deposit yang diperlukan adalah RM10K. Maka, pastinya tidak ramai remaja yang baru memulakan kerjaya boleh membeli sebuah rumah.

Ini secara tidak langsung menggalakkan remaja membuat keputusan lebih bijak dalam memulakan hidup baru iaitu hidup sebagai seorang yang berdikari. Ini kerana ini akan menggalakkan remaja memilih untuk membeli rumah daripada memiliki kereta baru yang sememangnya merupakan satu tindakan yang agak kurang bijak.

Diharap lebih ramai yang akan memilih untuk membeli rumah daripada kereta seterusnya mengurangkan masalah pekerja yang mempunyai hutang berjela-jela apabila sudah tua kelak.